Siri komik Wira Tunggal Final kini dah masuk episode 60. Dianggarkan lagi 29 episod sahaja lagi siri ini akan diteruskan di Malaysia. Pertarungan antara jaguh-jaguh handalan kini semakin rancak. Seperti yang penulis jangkakan semakin banyak rahsia dikupas dan diterangkan buat para peminat Wira Tunggal.
Dari episod yang lepas, Nobita Gila telah berjaya memiliki kuasa Penjejak Neraka daripada Ritoh dan Mata Langit milik Harimau Kumbang dari Feisha. Situasi ini menjadikan Nobita Gila kini berdiri sama tinggi dengan Wunan, Pendekar Laut, dan Sang Asura. Dia kini layak digelar sebagai jaguh handalan yang akan mempengaruhi keputusan pertarungan infiniti ini.
Kekeliruan Fakta dalam Wira Tunggal Final
Untuk episod kali ini pula menceritakan misteri Sang Asura yang digelar Jaguh Paling Sempurna. Sang Asura pernah menumpaskan Wunan suatu ketika dahulu dan kemudiannya dia menggunakan identiti Wunan untuk menerajui dunia dalam keamanan dan kedamaian.
Namun berlaku sedikit kecelaruan dan kekeliruan fakta dalam isu ini. Menurut pengetahuan penulis, setelah menumpaskan Wunan Sang Asura hidup bahagia bersama seorang gadis yang dicintainya iaitu Bayu. Dalam episod 60 Wira Tunggal Final pula, Wan Yat Leung menyifatkan Sang Asura hidup bahagia bukan bersama Bayu, tetapi Hitomi.
Namun, kekeliruan ini hanyalah pada nama gadis tersebut. Sebabnya, wajah dan personaliti gadis yang ditunjukkan dalam episode 60 ini tak lain tak bukan milik Bayu. Malah, Hitomi yang sebenar hidup bersama dengan Pendekar Laut. Kecuali dalam kes Wunan, tak mungkin Rain memegang roh Hitomi juga sebab mana mungkin ada dua orang Hitomi pada masa yang sama.

Penulis mengandaikan mungkin ini disebabkan translation yang salah dari bahasa Hong Kong ke bahasa Melayu. Jika andaian penulis ini betul, maka Rain sebenarnya membawa semangat Bayu, bukan Hitomi. Dan cinta sejati Sang Asura juga adalah pada Bayu, bukan Hitomi.
Setelah semangat Bayu muncul pada diri Rain, Sang Asura telah menyelamatkan Rain dari dibunuh Wunan dan menghidupkan semangat Bayu dalam diri Rain untuk bersama dengannya. Namun akhirnya Sang Asura terpaksa membunuh Rain demi menumpukan perhatian kepada pertarungan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Harapannya adalah untuk memenangi pertarungan tersebut dan menghidupkan kembali roh Bayu pada masa akan datang.
Episod ini juga menampilkan aksi Hitomi(kekasih Pendekar Laut) yang cuba menguji Tenwu untuk menguji kehebatan Tenwu yang dikatakan mempunyai roh Wunan asli. Selepas ini macam biasa lah lebih banyak misteri bakal dirungkai dan lebih banyak pertarungan sengit akan berlangsung.
Download Wira Tunggal Final versi Mandarin
Rasanya ramai peminat Wira Tunggal dah mengetahui sedikit sebanyak tentang kesudahan cerita ini memandangkan Wira Tunggal Final versi tulisan mandarin telah pun disediakan link downloadnya di internet. Maka sudah tentu para peminat takkan melepaskan peluang ini untuk mengetahui cerita selanjutnya daripada menunggu edisi Wira Tunggal terbaru keluar minggu seterusnya(yang selalu sangat ditangguhkan pengeluarannya!).
Sebab itu ramai dah tahu bahawa Tenwu yang akan menjuarai pertarungan infiniti ini pada akhirnya. Pendekar Laut mati di tangan Wunan, begitu juga dengan Sang Asura. Namun, tak kurang juga peminat yang tak puas hati kenapa boleh jadi begitu dan berbagai pertikaian yang diluahkan oleh para peminat.

Hal ini kerana rata-rata peminat yang mengdownload tak lah faham cerita ini sepenuhnya melainkan mereka mahir dalam bahasa cina. Apa yang boleh dirungkai dari versi cina ini hanyalah gambar dan babak-babak pertarungan. Jadi, penulis sarankan para peminat teruskan membeli komik ini apabila tiba di pasaran bagi mendapatkan penjelasan penuh untuk siri komik Hong Kong terlaris di Malaysia ini. Lagipun, tak feeling lah kalau setakat tengok gambar saja.
Komik Sekadar Hiburan
Apa pun, penulis menyeru para peminat dan penulis sendiri agar tidak terlalu leka dan fanatic dengan komik Wira Tunggal Final ini sehingga melupakan tanggungjawab ibadah yang harus kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Benar bagai dikata, komik ini sekadar hiburan. Hiburan untuk memberi secebis keseronokan kepada kita semua.
Mungkin masih belum terlambat untuk penulis mengucapka Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa, dan Selamat Berbuka untuk anda semua…hehe! Semoga bulan Ramadhan ini berjaya mentarbiyahkan kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Haa di kesempatan ini juga penulis memohon maaf sebab dah lama tak update blog Kitaran Asura yang kian sunyi ini. Kesibukan dengan test serta beberapa kerja yang telah diamanahkan kepada penulis membuatkan penulis letih terhindar dari mengemaskini blog ini. Maaf sekali lagi, dan terima kasih juga kepada para pembaca yang selalu singgah ke blog penulis yang entah kenapa kian hari kian ramai pengunjungnya berdasarkan maklumat yang penulis dapat dari StatCounter.
Selepas ini penulis akan dibelenggu pula oleh kesibukan Final Examination pula. Jadi setelah penulis selesai bertarung dengan kertas-kertas peperiksaan itu, insyaAllah penulis akan kembali aktif dalam Kitaran Asura dengan ulasan-ulasan terbaru beserta gambar dan video. Terima kasih tak terhingga buat para pembaca dan teruskan bersama Kitaran Asura. (^_^)