Featured Posts

<< >>

WUNAN vs WUNAN

Peminat tegar Wira Tunggal pasti tahu kisah Wunan (anak kandung Paichow), yang mempunyai dwi-identiti dalam dirinya. Satu identiti baik yang berpersonaliti rambut putih serta perwatakan yang baik, manakala satu lagi identiti jahat yang berambut hitam dengan lagak yang sungguh kejam. Kedua-duanya memiliki kehebatan yang sama.

Read more

Setelah Wunan mencapai kuasa tahap maksimum serta memiliki Kuasa Tahap Kesempurnaan, identiti jahat yang selama ini terkurung dan tersembunyi di dalam badannya berjaya membebaskan dirinya. Keadaan ini menyebabkan Wunan tidak dapat mengawal fikirannya dengan baik, kadangkala Wunan bersikap mulia, kadangkala Wunan tanpa disedari tiba-tiba berubah menjadi Wunan berambut hitam yang sangat kejam.

Kewujudan identiti jahat dalam diri Wunan itu tidak disedari oleh sesiapa pun kecuali Paichow, dan semestinya Paichow ingin membantu anaknya untuk menumpaskan identiti jahat tersebut. Namun Wunan telah mengambil keputusan untuk menumpaskan identiti jahatnya yang juga telah menjadi musuh utamanya itu, dengan tangannya sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.

Kalau diikutkan , Wunan jahat yang berambut hitam itu sememangnya nampak lebih gagah dan handal daripada Wunan mulia. Dia juga merupakan seorang jaguh yang sangat licik dan bijak. Dengan keupayaan dan kebijaksanaannya itu, dah tentu dia takkan mengambil masa yang lama untuk menjadi jaguh terhandal di dunia.

Mungkin kisah Wunan wajar menjadi sebuah renungan, yang harus kita renung dalam-dalam. Bagi penulis, sifat dwi-Wunan ini sememangnya wujud dalam diri semua manusia yang hidup di muka bumi realiti ini. Seperti Wunan yang terpaksa bertarung dengan identiti jahatnya ketika keupayaan mencapai tahap maksimum, konflik identiti dalam dunia realiti juga memuncak apabila seseorang itu mencapai tahap nikmat atau keupayaan yang sangat seronok dan tinggi.

Contohnya, apabila seseorang berusaha dengan gigih lalu akhirnya dia menjadi insan yang sangat pandai dan bijaksana. Pada saat itu, ada dua identiti yang akan bertempur dalam dirinya. Identiti pertama ingin menggunakan kebijaksanaannya itu untuk berbuat baik ke jalan bakti, manakala identiti kedua ingin mengekpsloitasi kebijaksanaannya itu untuk memanipulasi fikiran manusia lain demi kepentingan dan keuntungan dirinya semata-mata. Kedua-dua identiti ini akan berlawan antara satu sama lain. Jika sikap tamak dan nafsu menguasai jiwa, identiti jahat akan menang dan jadilah dia seperti Wunan jahat. Namun jika punyai keimanan teguh serta semangat yang penuh keazaman, identiti yang baik pasti sentiasa menang dan jadilah dia seperti Wunan mulia.

Terpulang kepada seseorang itu sama ada ingin memilih tamak serta nafsu sebagai pegangannya, atau keimanan dan kesabaran sebagai tunggak kehidupannya. Kalian pilih yang mana?

Inilah juga yang dinamakan takdir. Takdir yang kita diberikan kebebasan untuk memilihnya, dan agama Islam menyeru kita supaya memilih qadar takdir yang baik demi manfaat dunia dan akhirat. Sebenarnya tak ada siapa yang telah ditakdirkan sejak azali akan menjadi baik dari kecil hingga ke akhir hayat, ataupun menjadi jahat hingga ke akhir hayat. Semuanya bergantung kepada usaha dan pilihan seseorang itu sendiri, serta dibimbing hidayah daripada Allah Maha Esa.  Penerangan lanjut mengenai takdir dan jenis-jenisnya, sila rujuk di sini(klik sini),

Lantas, Wunan jenis manakah yang menjadi pilihan di hati kita? Wunan yang mulia atau Wunan yang jahat? Identiti manakah yang menjadi pilihan kita? Yang gagah, bernafsu, dan kejam? Atau yang kuat, beriman, dan mulia? Ingat, kalian adalah apa yang kalian fikirkan, dan apa yang kalian usahakan. Kalau kita berusaha ke arah kejahatan, jahatlah kita jadinya. Jika kita berusaha ke arah kebaikan, baiklah kita jadinya. Maka, buatlah pilihan yang tepat untuk diri kalian. Selamat beramal!

WHAT HAPPENS TO WIRA TUNGGAL: SIRI 2

2

Penulis agak terkejut dan tersentak bila mengetahui Wunan dan jaguh-jaguh silam seperti Pendekar Laut dan Orga telah muncul dalam komik Wira Tunggal. Maka, penulis langsung tak lepaskan peluang untuk memiliki komik Wira Tunggal ini setiap minggu untuk mengetahu apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana semuanya boleh berlaku.

Namun setelah volume demi volume penulis beli dan baca komik ini, hanya satu perkataan yang dapat penulis ungkapkan di sini. KECEWA. Ya, secara keseluruhannya penulis memang KECEWA dengan Wira Tunggal versi terbaru ini. Di sini penulis senaraikan 2 sebab utama mengapa penulis rasa sebegitu.

Read more

1. Konsep Penceritaan Tak Best!

Kalau dulu dalam Wira Tunggal asal, para Wira Tempur bertarung demi menyelesaikan beberapa krisis untuk menyelamatkan Bumi bermula dengan krisis dalaman, krisis Empayar Blue Dream, krisis Jerung Gergasi, dan krisis Wunan. Jika difikirkan dan diselidik secara dalam, kesemua krisis tersebut bermotifkan suatu perkara, iaitu ingin mencapai keamanan yang diidam-idamkan di Bumi. Segala kisah dan pertarungan dalam krisis-krisis tersebut disampaikan dengan penuh perasaan di samping mempunyai mesej-mesej tersendiri untuk para pembaca, terutamanya tentang perihal manusia dan keamanan sejagat.

Semua inilah yang menjadikan Wira Tunggal sebuah komik yang sangat menarik, menyentuh hati dan menawan minda, membuatkan para peminat tertunggu-tunggu akan isu keluaran minggu seterusnya. Dan sebab ini jugalah, komik ini menjadi komik terlaris di Hong Kong dengan jualan sebanyak 70,000 naskhah seminggupada tahun 2002 hingga 2004.

~Wira Tunggal Pheonix pon best apabila mengetengahkan kegilaan seorang jaguh utk menghapuskan tamadun manusia~

Tetapi, perkara yang sama tidak berlaku dalam komik Wira Tunggal edisi terbaru. Konsep penceritaan adalah mengumpulkan semua jaguh-jaguh Wira Tunggal dan Pendekar Laut menyertai pertarungan infiniti,untuk mencari siapa jaguh paling hebat di dunia ini. Itu sahaja. Motif utama Wunan pula, adalah untuk menjadi Wira Tempur yang mengatasi keupayaan Dewa. Aduyai! Tak tahu lah orang lain, tapi bagi penulis, konsep penceritaan sebegini tidaklah begitu menarik atau ‘catchy’, malah mengecewakan apabila komik yang dibaca umpama membaca helaian-helaian kosong.

Tiada lagi motif untuk menyelamatkan Bumi, tiada lagi pertarungan antara pihak jahat dan pihak baik, tak tahu siapa watak hero dan siapa pula antagonis. Adakah hero cerita ini ialah Wunan? Atau Sang Asura? Atau sebenarnya Tenwu? Entahlah. Sekadar nak tunjuk siapa paling hebat, sekadar itu sahaja.

2. Perubahan Belang Tarung, dan Kostum??

Entah kenapa penulis rasa meluat dengan belang tarung terbaru yang muncul dalam jaguh-jaguh seperti Pendekar Laut, Orga, dan Jerung Gergasi. Sekali pandang memang ok, tapi hakikatnya penulis lebih gemar dengan belang tarung lama. Belang tarung Jerung Gergasi paling tak lawa. Malah belang tarung Orga pun tak begitu mengancam. Baju Pendekar Laut pun tak style sangat. Yang paling penulis pelik ialah apabila tiba-tiba Orga memakai kostum ketat dan bertopeng. Rasa kelakar pun ada! Hahaha!

Hiburan Semata-mata

Namun, penulis tak nafikan komik Wira Tunggal edisi terbaru ini agak menghiburkan dan gempak dengan kehadiran semua jaguh-jaguh hebat dari zaman Pendekar Laut dan zaman Wira Tunggal. After all, ini jugak matlamat komik bukan? Sekadar hiburan semata-mata, no need to go more than that. Penulis pasti sememangnya ramai peminat yang terhibur dengan Wira Tunggal edisi terbaru ini, sangat ramai. Sekurang-kurangnya, komik ini menjadi pelepas rindu kepada peminat-peminat Wira Tunggal yang dah lama tak tengok jaguh-jaguh seperti Pendekar Laut, Orga, Harimau Kumbang, dan Dewa Parang beraksi.

Ya, mungkin penulis terlalu sensitif untuk menaikkan isu-isu haprak seperti review di atas. Penulis tak kisah, sebab hakikatnya perasaan sensitif inilah yang menjadikan seorang manusia itu pemimpin yang berjaya. Malah, Topeng Perak sendiri turut mengutarakan kepentingan perasaan sensitif ini dalam episode 238(click here to download).

Apa pun, Wan Yat Leung has done a great job in Wira Tunggal. Semoga lepas ini ada lagi komik-komik best yang akan diterbitkan oleh pihaknya untuk tatapan peminat Wira Tunggal. Sekian.

WHAT HAPPENS TO WIRA TUNGGAL: SIRI 1

3

Komik Wira Tunggal dah lama tamat 7 tahun lalu, iaitu sekitar tahun 2004. Namun hingga ke hari ini ternyata pengaruh dek komik ini masih berleluasa di muka bumi ini. Nak buat macam mana, dah cerita dia memang best! Kan? Mungkin ramai yang dah tahu hakikatnya hari ini komik Wira Tunggal masih lagi di pasaran, dengan versi yang baru. Dari Wira Tunggal, cerita ni berevolusi ke Wira Tunggal Pheonix, Wira Tunggal Infiniti, Wira Tunggal Pendekar Laut, dan Wira Tunggal Final.

Here’s the latest updates in Malaysia about Wira Tunggal. Wunan yang hidup berates-ratus ribu tahun lamanya telah mengumpulkan jaguh-jaguh sepanjang zaman, dari era Wira Tunggal dan juga era Pendekar Laut. Wunan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk mengesan roh asal jaguh-jaguh tersebut, dan setelah dijumpainya, Wunan memberikan mereka peluang untuk bertapa sehinggalah tiba waktu yang dijanjikan untuk mereka bertarung.

Read more

Jaguh-jaguh berkenaan ialah Pendekar Laut, Orga, Penjejak Neraka, Wugi, Sang Asura, Harimau Kumbang, Dewa Parang, Jerung Gergasi, dan Hitomi. Kesemua jaguh tersebut telah ‘dihidupkan kembali’ untuk menyertai Pertarungan Infiniti.

Ketika pertarungan Infiniti, Pendekar Laut bersama Orga, Penjejak Neraka, dan Wugi bergabung untuk menumpaskan Wunan. Mereka turut dibantu oleh Harimau Kumbang yang sangat membenci Wunan. Akhirnya Wunan tumpas, namun rupa-rupanya Wunan tak mati lagi, sebaliknya bersembunyi dalam badan Wugi tanpa pengetahuan semua orang.

Kemudian, Penjejak Neraka dikhianati oleh Pendekar Laut, yang bergabung dengan Orga dan Wugi untuk membunuhnya pula. Kehadiran Hitomi secara tiba-tiba di dalam sebuah peti telah mengkucar-kacirkan keadaan. Maka, Jerung Gergasi bertindak menganjurkan Pertarungan Merebut Bulan bagi sesiapa yang ingin memiliki Hitomi.

Dipendekkan cerita, Wugi dibunuh oleh Pendekar Laut dan Orga, memaksa Wunan yang bersembunyi dalam badannya keluar dan bersembunyi dalam dimensi lain. Jerung Gergasi akhirnya dibunuh oleh Hitomi, sementara Harimau Kumbang pula mati setelah kehausan tenaga akibat pertarungan dengan Jerung Gergasi. Kemudian, Dewa Parang pula dibunuh oleh Pendekar Laut. Orga tumpas di tangan Wunan. Setelah membunuh Dewa Parang, Pendekar Laut mencabar Wunan dan dalam krisis pertarungan ini Hitomi mengorbankan dirinya dengan menyerahkan segala kuasanya kepada Pendekar Laut. Namun, Pendekar Laut tetap tumpas di tangan jaguh terhandal iaitu Wunan.

Setelah semua jaguh mati, Sang Asura sekali lagi bertempur dengan Wunan. Mereka bertempur di Matahari!  Sama macam Wira Tunggal asal dulu, cuma kali ini yang tumpas ialah Sang Asura. Wunan menang, dan kemudiannya dicabar oleh Tenwu yang merupakan jelmaan Wunan baik suatu ketika dulu. Akhirnya, Wunan dibunuh oleh Tenwu(Wunan Mulia).

So, begitulah ceritanya. Apa komen anda? Seronok tak komik ni? Atau edisi lama lagi best? Haha ok lah untuk next post, penulis akan buat sedikit review tentang Wira Tunggal edisi terbaru ni di SIRI 2. So, stay tuned and see you there, guys!

JERUNG GERGASI DIBUNUH: REFLEKSI

Ketika krisis Jerung Gergasi,  kesemua jaguh di Bumi bergabung dan bersatu padu untuk menewaskan Jerung Gergasi. Topeng Perak, Sang Asura, dan Wunan; tiga pihak yang nyata selalu bersengketa selama ini melupakan dendam kesumat antara mereka demi menyelamatkan Bumi daripada cengkaman Jerung Gergasi. Sedalam mana pun kebencian mereka terhadap satu sama lain, semuanya dilupakan dan segenap kepercayaan diterap antara satu sama lain untuk mereka bergabung menewaskan musuh.

Read more

Realitinya, begini jugakah kita?

Adakah kita juga perlu menunggu satu krisis melanda Bumi, baru kita semua akan bersatu padu? Adakah kita perlu menjadi seperti pepatah Melayu, ‘Sudah terhantuk, baru terngadah’? Saat ini, penulis sememangnya bersetuju dengan one of quotes in dalam filem ‘The Day The Earth Stood Still’ pada tahun 2008 yang lalu. Nyata,

…It’s only on the brink that people find the will to change. Only at the precipice do we evolve…

THE EPIC BATTLES

Video berikut merupakan tribute kepada pertempuran-pertempuran terhebat sepanjang sejarah komik Pendekar Laut dan Wira Tunggal. Pertarungan demi pertarungan antara musuh-musuh ketat ini telah mewarnai kisah dan ceritera dalam komik ini lalu menjadikannya komik terlaris di Hong Kong. Watak-watak yang terlibat dalam pertarungan ini ialah Pendekar Laut vs Orga, Zonan vs Xinan, Paichow vs Maharaja Sagia, dan Wunan vs Sang Asura.

Read more

Dalam pertarungan-pertarungan tersebut, hanya Pendekar Laut dan Zonan sahaja yang berjaya merempuh batasan Kuasa Muktamad dengan melancarkan serangan Tinju Maut Pendekar Laut yang berkuasa 1,000,000 HP (100 Petala Langit). Mungkin ramai yang sedar, untuk penghujung komik Pendekar Laut, generasi Kerabat Diraja Pai berjaya menguasai Bumi buat beribu-ribu tahun lamanya. Manakala untuk ending Wira Tunggal, anak cucu keturunan Blue Dream (Sang Asura) pula yang menerajui Bumi ke arah keamanan. Wow!

PENDEKAR LAUT VS ORGA

Pertarungan terunggul dalam sejarah komik Hong Kong, ialah pertarungan antara Pendekar Laut dengan Orga. Setiap kali mereka bertembung, para pembaca berdebar-debar seolah-olah merasai sendiri bahang pertarungan antara mereka.

Read more

Pendekar Laut dan Orga pernah bertarung beberapa kali dalam sepanjang riwayat mereka. Dua pertarungan yang paling diingati ialah ketika penghujung Pendekar Laut Generasi 1, pada mana pertarungan tersebut telah menyebabkan mereka menghayati erti kekuatan sebenar dan ia diakhiri dengan ‘kematian’ Pendekar Laut setelah terkena Tinju Maut Paus milik Orga.

Pertarungan kedua pula ialah ketika penghujung Pendekar Laut Generasi 2, pada ketika kekuatan mereka masing-masing telah mencapai tahap optimum iaitu Kuasa Tahap Kesempurnaan. Pertempuran itu ditamatkan apabila Pendekar Laut berjaya merempuh Kuasa Muktamad iaitu Kuasa 1 Juta HP untuk melancarkan serangan Tinju Maut Pendekar Laut ke arah jantung Orga yang akhirnya ‘mati’ tertumpas.

Pertarungan antara dua jagoan ini sering diibaratkan seperti pertempuran antara Jerung Harimau dengan Paus Pemusnah(Killer Whale). Kalau dalam dunia realiti, pertembungan ini sama sahaja seperti pertembungan el-Classico Real Madrid vs Barcelona atau pertarungan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Pendek kata, mereka berdua umpama telah ditakdirkan menjadi musuh tradisi antara satu sama lain.

TIGA WIRA TEMPUR ‘OUTCAST’

Paichen

Mereka punya potensi besar untuk menjadi jaguh terhandal di dunia. Mereka punya bakat dan kekuatan, kesungguhan dan keazaman yang tinggi, tiada tandingan dan tidak terkalahkan dek jaguh-jaguh lain. Malangnya, mereka telah dibunuh sebelum mereka mencapai kekuatan kemuncak. Apa yang dikesalkan, pembunuhan jaguh-jaguh ini semuanya secara tidak adil.

Paichen merupakan Wira Tempur Nombor Satu Dunia dan Ketua Pemimpin Kerabat Diraja Pai. Keupayaannya memang hebat dan tidak ada seorang pun jaguh mampu menumpaskannya.

Read more

PaichenPAICHEN

Malangnya, dia dibunuh oleh adiknya sendiri, iaitu Paichow dalam perebutan takhta Kerabat Diraja Pai. Ketika pertarungan, Paichen ternyata lebih hebat daripada Paichow dan dia berjaya menumpaskan setiap serangan Paichow. Dalam keadaan terdesak, Paichow tiba-tiba menggunakan taktik kotor dengan mengeluarkan sebilah senjata(Parang Alam Wira) untuk menikam abangnya secara serang hendap.

Hakikatnya Paichow begitu menyesali perbuatan kotornya itu. Sejak itu, setiap kali dia teringat akan kejadian itu, dia akan menangis seorang diri. Malah demi menebus dosanya itu, Paichow telah memberikan banyak peluang untuk musuh yang ingin bertempur dengannya, dan Paichow juga telah menghadiahkan jawatan Ketua Kerabat Diraja Pai kepada anak Paichen, iaitu Tenko.

Jaguh kedua pula ialah Tok Laut. Kalau bukan kerana Pai Wubian mengunci tenaga dan kuasanya, keupayaan Tok Laut sememangnya tidak dapat ditandingi lagi. Setelah tenaganya dikunci dia seringkali tumpas di tangan jaguh-jaguh lain terutamanya Paichow. Namun kesungguhan dan kesetiaannya kepada Puak Mahligai Kumbang telah menjadikannya begitu tekun berlatih dan bersungguh-sungguh menguasai seni pertarungan.

TOK LAUT

Setelah beberapa tahun, Tok Laut bertarung kembali dengan Pai Wubian dan dia berjaya menguasai pertarungan lalu menumpaskan Pai Wubian. Namun, hasratnya untuk membunuh Pai Wubian dihalang oleh anak kandungnya sendiri iaitu Dewa Parang.

Tanpa disangka-sangka berlakulah pertarungan maut anak beranak tersebut. Dalam pertarungan itu, Tok Laut banyak memberikan peluang kepada Dewa Parang, tetapi akhirnya Dewa Parang tetap bukan tandingan Tok Laut. Kehebatan Tok Laut dalam pertarungan itu membuatkan jaguh-jaguh lain tersentak dan mengakui Tok Laut kini jaguh nombor satu dunia, biar Paichow pun tidak mampu mengalahannya. Namun akibat diperdayakan oleh Dewa Parang, dia telah dibunuh oleh anaknya sendiri.

Yang terakhir tak lain dan tak bukan ialah Paichow. Kehebatan dan keunggulan Paichow tak perlu nak diterangkan lagi. Masyarakat umum mengetahui dan mengakui Paichow lah Wira Tempur Nombor Satu Dunia. Malangnya, dia telah dibunuh sebelum sempat mencapai kekuatankemuncaknya. Malah, dia telah dibunuh dua kali!

PAICHOW

Pertama, Maharaja Sagia menggunakan taktik kotor untuk bertarung dengan Paichow. Dia menggunakan bantuan daripada jaguh lain iaitu Jerung Gergasi untuk menumpaskan Paichow. Pertarungan yang tak adil itu menyaksikan Paichow tumpas dan ‘dimatikan’ untuk menjadi hamba pemusnah bagi pihak Empayar Blue Dream yang ingin menakluk bumi.

Kedua, setelah berjaya menumpaskan Maharaja Sagia beberapa tahun berikutnya, dia berjaya mendapatkan kuasa 75 Petala Langit. Itulah kuasa terhebat yang dimiliknya dan menjadikan dia jaguh terhebat tiada tandingannya lagi. Namun dalam keadaan cedera parah dan nyawa-nyawa ikan, Paichow telah dibunuh oleh anaknya sendiri dan rohnya telah dihisap oleh Wunan.